pasangan memasak

Ini 4 Rutin Harian Yang Akan Menjadikan Perkahwinan Lebih Kuat

Apa yang menjadikan sebuah perkahwinan lebih kuat dan kekal bahagia? Pastinya setiap jawapan yang diberikan berbeza-beza mengikut individu. Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa rutin harian yang terbukti dapat menjadikan perkahwinan anda lebih kuat setiap hari.

Rahsia perkahwinan lebih kuat

  • Kongsi tentang hari anda
perkahwinan lebih kuat
Kredit

Anda mungkin menganggap rutin ini tidak memberikan apa-apa makna di dalam hubungan anda. Tetapi penting untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam kehidupan masing-masing untuk setiap pasangan. Berkongsi tentang apa yang berlaku dalam hari anda akan mengeratkan lagi hubungan anda kerana anda tahu apa yang berlaku pada mereka.

Jadikan rutin ini sebagai tabiat harian anda dan luangkan sedikit masa untuk berkongsi setiap hari. Sekiranya anda dapat membuat perbualan ini berlangsung lebih dari beberapa minit, anda akan mendapati betapa berertinya hari anda pada satu sama lain. Pada saat-saat inilah anda membina keakraban untuk perkahwinan yang lebih kuat.

  • Jadilah pendengar yang baik
pendengar yang baik
Kredit

Komunikasi adalah bahagian yang sangat penting dalam perkahwinan tetapi sangat penting juga untuk mendengar apa yang pasangan anda katakan. Mendengarkan apa yang pasangan anda mahukan dan masalah mereka membantu anda memahaminya dengan lebih baik.

Jangan mengganggu atau melemahkan apa yang mereka ungkapkan atau rasakan kerana pasangan anda mungkin berasa tidak dihargai. Lakukan kontak mata semasa pasangan anda sedang bercakap dan memberikan reaksi sekiranya diminta. Jangan biarkan anda sahaja yang bercakap di dalam hubungan ini.

  • Tidur pada masa yang sama
tidur
Kredit

Tidak kira berbeza bagaimana waktu tidur anda, pastikan anda dan pasangan masuk tidur pada waktu yang sama. Walaupun salah seorang dari anda tidak bersedia untuk tidur, anda dapat menghabiskan masa yang tenang ini bersama-sama dan bangun semula setelah pasangan anda tertidur.

Melakukan rutin ini secara berkala bermakna anda akan mewujudkan peluang untuk mendekatkan diri dengan pasangan anda. Untuk perkahwinan yang lebih kuat, pastinya ia memerlukan usaha daripada kedua-dua belah pihak. Sekiranya ini dijadikan tabiat harian anda, hubungan yang dibina juga lebih erat dan akrab.

  • Ucapkan terima kasih
perkahwinan
Kredit

Rasa tidak dihargai adalah sesuatu yang buruk di dalam hubungan. Selalu penting untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada pasangan anda dan membuat mereka merasa bahawa mereka benar-benar bersyukur dengan keberadaan mereka. Melakukan ini secara kerap dapat membuat mereka sangat gembira dan akan membuat mereka merasa disayangi.

Perkara kecil seperti mengucapkan terima kasih, mengambil alih tanggungjawab rumah tangga mereka atau hanya memasak untuk makan malam boleh membuat perbezaan besar serta menjadikan perkahwinan lebih kuat. Mengakui saat-saat seperti itu dengan cinta dan kesabaran dan ia akan membantu anda memupuk hubungan anda.

Kenapa Tempoh Dua Tahun Pertama Perkahwinan Sangat Penting

Tanda-Tanda Anda Sebenarnya Dalam Perkahwinan Yang Tidak Bahagia

Awas, Ini Tanda-Tanda Pasangan Anda Seorang Yang Kuat Cemburu

Sumberbrides

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124