betik

Cara Mudah Turunkan Berat Badan Dengan Diet Betik

Buah betik bukan hanya membantu dalam melancarkan penghadaman tetapi juga memberikan kulit yang bersinar. Enzim ajaib iaitu papain yang terdapat dalam betik memberikan manfaat terapeutik kepada tubuh anda. Berita baiknya, betik boleh membantu anda menurunkan berat badan.

Rutin diet 

betik
Kredit
  • Sarapan

Diet semestinya dimulakan tepat dari makanan pertama setiap hari. Minum segelas susu badam cair atau air oatmeal yang akan memberi anda serat yang cukup untuk sepanjang hari. Rehat selama 30 minit dan makan salad betik. Ini adalah cara berkhasiat dan sihat untuk memulakan hari anda. Ikuti rutin sarapan pagi ini untuk hari pertama dan kedua.

  • Makan tengah hari

Pada hari pertama, makan salad gandum yang mengandungi tomato, bayam, zaitun, bawang putih dengan sedikit garam dan lemon di atasnya. Anda boleh memadankannya dengan nasi. Selepas itu, minum segelas jus betik. Pada hari kedua, anda boleh mendapatkan sayur-sayuran panggang seperti terung yang disertai dengan bayam. Minum segelas jus betik kemudiannya.

  • Snek

Ambil betik bersaiz sederhana dan potong menjadi dua keping. Ambil separuh buah betik dan dua keping nanas dan kisar sehingga membentuk campuran halus. Jadikan smoothie ini sebagai makanan ringan. Ini akan menjadikan anda rasa kenyang lebih lama.

  • Makan malam

Sediakan satu mangkuk sup sayur dengan jus lemon, saderi dan bawang. Minumlah dengan semangkuk betik yang juga boleh berfungsi sebagai pencuci mulut. Pada hari kedua, makan malam ringan (zucchini) disertai dengan semangkuk besar betik dipotong  dadu.

Khasiat betik

buah
Kredit

Buah ini membakar lemak dan membantu detoksifikasi. Semasa menjalani diet betik, seseorang mesti makan betik selama dua hari. Ini boleh memberi anda kesan cirit-birit atau sakit perut tetapi ini adalah perkara biasa. Diet ini harus diikuti selama dua hingga tiga hari seminggu selama dua hingga tiga bulan secara berkala. Melakukannya bukan sahaja membuat anda kehilangan berat tambahan tetapi juga akan melancarkan pencernaan dan menyahtoksin badan anda.

Seiring dengan penurunan berat badan, penting untuk menurunkannya dengan cara yang sihat. Terdapat banyak diet di internet yang tersedia di seluruh dunia tetapi bukan semuanya sesuai dengan semua orang. Begitu juga dengan diet betik. Diet betik sangat ketat dan mungkin tidak sesuai dengan anda, jadi penting untuk berjumpa doktor dahulu sebelum memulakan diet ini atau diet lain.

Minum Teh Pun Boleh Kurus? Ini 5 Minuman Teh Yang Boleh Mengurangkan Selera Makan

Tips Diet 7 Selebriti Wanita Korea Yang Tidak Memerlukan Anda Berlapar

Bukan Hanya Sedap, Ini Khasiat Buah Strawberi Untuk Kulit Anda

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124