lisa blackpink

Tips Kecantikan Dari Lisa Blackpink Yang Anda Boleh Ikuti

Dalam kalangan peminat K-Beauty, tips kecantikan Lisa Blackpink antara yang sering mendapat perhatian ramai. Lisa yang sebelum ini pernah dinobatkan sebagai wanita dengan wajah tercantik di Asia terkenal dengan kecantikan semulajadinya yang menawan. Jadi, berikut adalah tips kecantikan Lisa Blackpink yang anda boleh ikuti!

Mekap minimal

tips kecantikan lisa blackpink
Kredit

Menjadi ahli yang termuda di dalam kumpulan Blackpink, Lisa lebih selesa mengenakan solekan yang minimal yang menonjolkan ciri-cirinya dengan sempurna tanpa solekan yang tebal dan berat. Dengan hanya sentuhan warna merah jambu lembut di kelopak dan bibirnya, ditambah dengan kelopak mata coklat yang licin di bulu mata atasnya, Lisa menghantar mesej yang jelas bahawa kadang-kadang, solekan minimal lebih memberi kesan maksimum.

Berani mencuba gaya baru

lalisa
Kredit

Walaupun Lisa terkenal dengan rambut lurus natural miliknya, dia tidak pernah malu untuk mencuba penampilan baru. Contohnya dia pernah mencuba rambut gaya kerinting yang dikongsikan di Instagram miliknya. Ini adalah perubahan drastik dari penampilan biasanya yang lebih selesa dengan gaya natural. Perkara yang sama juga boleh dilakukan oleh anda, sekali sekala anda boleh mencuba gaya yang baru untuk penampilan yang lebih segar.

Pentingkan penjagaan rambut

lisa blackpink
Kredit

Sekiranya anda mempunyai rambut panjang dan lebat seperti Lisa, anda akan tahu betapa mudahnya rambut anda menjadi kering, kusut dan juga patah. Namun Lisa akan sentiasa memastikan rambut dalam keadaan terbaik agar kelihatan berkilat dan sihat. Walaupun kita tidak tahu produk rambut apa yang digunakan oleh Lisa, pastikan anda menggunakan syampu dan perapi yang sesuai dengan rambut anda. Bila rambut sihat, barulah anda mendapat rambut yang cantik!

Tahu apa yang sesuai dengan diri

lisa
Kredit

Ini pastinya tips penting dalam menjaga kecantikan diri. Menurut Lisa, dia sangat mementingkan pemilihan warna gincu yang sesuai dengannya. Dia turut menegaskan bahawa penggunaan gincu yang sesuai dengan warna kulit muka adalah penting. Pada pandangannya, warna merah terang dan warna oren adalah yang paling sesuai untuknya. Untuk rutin penjagaan kulit pula, Lisa akan menggunakan pelembap muka yang banyak sebelum tidur kerana kulitnya yang kering.

Pentingkan Skincare Dari Mekap, Ini 4 Rutin Kecantikan Ahli Kumpulan Blackpink

Dinobatkan Wanita Tercantik 2020, Ini Rahsia Kecantikan Pelakon Son Ye Jin

Kenali Song Hye Kyo, Ikon ‘Natural Beauty’ Bagi Wanita Korea Selatan

Sumberher world

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124