Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Tiada siapa yang mahukan perkahwinan yang tidak bahagia. Namun, ada tanda-tanda yang menunjukkan ada masalah serius dalam perkahwinan anda. Sekiranya anda merasa bimbang dengan masalah ini, jangan mengabaikannya dan berharap ia akan hilang. Sebaiknya, anda berbincang dengan pasangan jika ada tanda-tanda yang disenaraikan ini.
Pergaduhan berlaku dalam setiap perkahwinan dan ianya bukanlah satu perkara yang buruk. Sebaliknya, penyelidikan menunjukkan bahawa pasangan yang bergaduh mungkin 10 kali lebih baik untuk menjalin hubungan bahagia daripada mereka yang menyembunyikan perasaan dan masalah mereka.
Tetapi jika anda dan pasangan sentiasa menghabiskan masa dengan pergaduhan yang sama dan tidak mempunyai jalan keluar, kemungkinan besar hubungan anda semakin renggang. Lama-kelamaan anda dan pasangan akan menjauhkan diri kerana takut mencetuskan hujah yang lain.
Adalah normal jika anda ingin menyimpan beberapa perkara untuk diri sendiri. Walau bagaimanapun, dengan sengaja menyimpan rahsia adalah tanda amaran yang jelas bahawa hubungan anda mungkin berada dalam masalah.
Contohnya, anda makan malam bersendirian dengan rakan sekerja yang menganggap anda menarik, keluar dengan bekas teman lelaki atau berjumpa seseorang yang pasangan anda tidak sukai. Menyimpan rahsia hanya menanamkan rasa tidak percaya dalam hubungan. Setelah kepercayaan itu dilanggar, sukar untuk diperbaiki.
Tiada masalah jika anda merasa orang lain lebih menarik dari pasangan anda kadang kala. Tetapi memulakan hubungan baru dengan mencari orang lain bukanlah petanda yang baik. Sekiranya anda seringkali memikirkan tentang orang lain yang lebih menarik dari pasangan anda, yang anda rasakan boleh menggantikannya maka anda jelas kehilangan sesuatu dalam hubungan anda sekarang.
Dalam perkahwinan yang sihat, anda melihat pasangan anda sebagai orang yang memerlukan sokongan emosi pada masa-masa baik dan buruk. Walaupun anda mungkin mempercayai keluarga dan rakan anda, biasanya ia tidak sama dengan pasangan anda. Sekiranya pasangan anda bukanlah orang pertama yang anda hubungi ketika anda berada dalam kesusahan ataupun untuk meraikan kejayaan anda, mungkin ini merupakan petanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena.
Tanda-tanda perkahwinan yang tidak bahagia yang paling jelas sekali adalah apabila anda menyedari bahawa anda lebih suka meluangkan masa dengan orang lain kecuali pasangan anda. Menghabiskan masa berjauhan adalah sihat untuk hubungan anda. Tetapi jika anda selalu membuat alasan untuk menghabiskan semua masa lapang tanpa pasangan anda, anda sudah memulakan proses perpisahan.
Suami Yang Bijak Kawal Emosi Adalah Kunci Perkahwinan Yang Bahagia