minuman rebusan

Ini Caranya Buat Air Rebusan Pecah Lemak Untuk Perut Kempis

Pernah tak anda mencuba air rebusan pecah lemak ini? Jika anda mempunyai masalah perut buncit, mungkin anda berminat mahu mencubanya. Selain daripada bersenam dan menjaga makan, boleh lah anda mencuba resepi air rebusan ini untuk menghilangkan lemak degil di bahagian perut.

Cara Nurul pecah lemak tang perut dan maintain 45kg. Selain jamu, Nurul amalkan air rebusan ni sangat elok untuk yang nak cairkan lemak tepu. Bila anak makin bertambah ni, Nurul lebih memilih untuk menjaga kesihatan dan dalaman bila badan dah terlampau banyak lemak energy pun sendu.

Ni Nurul nak share air rebusan untuk detoks cairkan lemak dengan senang. Sangat ajaib bagi yang nak menurunkan berat badan. Rasa dia sedap, tak pahit ada hawa hawa masam manis.

Bahan-bahan yang diperlukan:

air rebusan pecah lemak
Kredit
  • Lemon
  • Serai
  • Halia
  • Kulit Kayu Manis Ceylon
  • Bunga Cengkih

Apa yang anda perlu lakukan ialah masukkan air, serai, halia, 7 biji bunga cengkih dan kulit kayu manis ceylon ke dalam periuk. Kemudian rebus dan biarkan ia mendidih selama lebih kurang 20 minit. Tuang ke dalam cawan dan perahkan lemon. Selepas itu, masukkan madu ke dalam cawan tersebut. Biarkan suam sebelum diminum. Anda boleh amalkan air rebusan pecah lemak ini pada setiap pagi untuk mendapat hasilnya.

Kebaikan lemon dan madu

air lemon
Kredit

Di India, ramai yang memulakan hari mereka dengan secawan air suam yang dicampur dengan madu dan lemon untuk menurunkan berat badan. Madu adalah pusat kekuatan antioksidan dan flavonoid yang membantu meningkatkan imuniti seseorang. Ia mempunyai indeks glisemik rendah yang mana tidak menyumbang kepada kalori.

Lemon adalah sumber vitamin C yang sangat kaya dan berfungsi sebagai agen penyahtoksin. Serat pektin yang terdapat dalam lemon memperlambatkan pencernaan gula dan kanji serta meningkatkan kesihatan usus. Lemon juga membersihkan usus besar dan mengeluarkan makanan yang tidak dicerna dan toksin lain dari badan, meningkatkan pencernaan secara keseluruhan, yang selanjutnya membantu dalam penurunan berat badan.

Anda boleh juga mencuba tips di bawah untuk menurunkan berat badan:

Lima Sebab Anda Perlu Mula Minum Air Lemon Untuk Misi Diet Anda

Amalkan Minuman Ini Untuk Mengurangkan Lemak Di Perut Dan Tampil Langsing

Manfaat Minum Madu Setiap Hari Untuk Kulit Dan Kesihatan Badan

Sumberfacebook

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124