air kelapa

Banyak Rupanya Khasiat Air Kelapa Untuk Kecantikan Dan Kesihatan

Mungkin ramai yang tidak tahu khasiat air kelapa sebenarnya sangat banyak. Minuman ini sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia dan sangat mudah untuk didapati di mana-mana sahaja. Untuk anda yang tidak tahu, berikut adalah khasiat air kelapa untuk kecantikan dan kesihatan anda.

Tinggi antioksidan

khasiat air kelapa
Kredit

Semakin segar air kelapa anda, semakin tinggi tahap antioksidan di dalamnya. Menurut pakar pemakanan Jenna Hope, air kelapa adalah sumber vitamin C dan juga mengandungi beberapa sifat antioksidan. Antioksidan menyumbangkan elektron dari kulit luarnya untuk menstabilkan radikal bebas yang sebaliknya akan menyebabkan kerosakan pada sel lain. Anda boleh fokuskan untuk mendapatkan antioksidan dari buahnya berbanding air kelapa sendiri.

Menurunkan kolestrol

air kelapa
Kredit

Penelitian awal menunjukkan bahawa air kelapa dapat membantu menurunkan kolesterol. Kajian yang dilakukan pada tahun 2006 mendapati bahawa tikus yang diberi air kelapa mempunyai peluang yang lebih rendah untuk mengalami serangan jantung. Penyelidikan ini terutama dilakukan pada tikus dan telah menemukan kesan yang baik dari air kelapa terhadap pengurangan kolesterol namun penelitian ini banyak dilakukan pada haiwan sahaja buat masa ini.

Baik untuk kulit

perempuan
Kredit

Antara khasiat air kelapa untuk kecantikan ialah ia mungkin membantu masalah kulit yang anda hadapi sekarang. Jika anda mempunyai masalah jerawat atau skin breakout, air kelapa dapat mengurangkan lebihan minyak pada kulit anda yang membantu mengurangkan jerawat. Air kelapa bertindak sebagai anti-radang, detoksifikasi dan anti-mikroba yang semuanya berfungsi untuk mengurangkan kejadian jerawat.

Selain itu, air kelapa juga baik untuk anti penuaan. Pakar Dermatologi Dr. Erin Gilbert mengatakan bahawa vitamin dalam air kelapa telah terbukti dapat menurunkan kadar penuaan kulit, yang membolehkan kulit memperbaiki dan memulihkan dirinya dengan lebih berkesan. Protein yang ada bertanggungjawab untuk mendorong pertumbuhan sel dan pengaktifan sel.

Mengurangkan berat badan

timbang berat badan
Kredit

Ini pastinya khasiat air kelapa yang paling disukai oleh ramai wanita. Anda tidak perlu berbelanja mahal untuk mendapatkan diet shake atau suplemen kurus kerana air kelapa akan membantu mengurangkan lemak dan membentuk tubuh yang anda impikan jika anda amalkannya setiap hari.

Kandungan gula dan lemak yang sangat rendah selain asid lauric akan mempercepatkan kadar metabolism dalam membekalkan oksigen dalam badan. Air kelapa juga sesuai untuk penghidap diabetis.

Aiskrim Sebenarnya Lebih Sihat Dari Yang Anda Sangka

Bukan Hanya Sedap, Ini Khasiat Buah Strawberi Untuk Kulit Anda

Khasiat Minum Jus Lobak Merah, Membantu Dapatkan Mata Yang Sihat

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124