tapak tangan

Gunakan 6 Bahan Ini Untuk Dapatkan Tapak Tangan Halus Dan Lembut

Tapak tangan halus dan lembut pastinya menjadi pujaan ramai. Jika ada yang katakan tangan kasar bermaksud anda seorang yang rajin membuat kerja, itu tidak bermaksud anda tidak perlu menjaganya. Selain daripada wajah, tangan juga perlu dijaga dengan rapi. Untuk mendapatkan tapak tangan halus dan lembut seperti bayi, anda boleh cuba cara ini.

Minyak kelapa

tapak tangan halus
Kredit

Tangan kering boleh mengganggu penampilan seseorang tetapi ianya boleh dirawat. Sifat emolien minyak kelapa dapat membantu meningkatkan penghidratan kulit dan meningkatkan tahap lipid pada permukaan kulit. Oleh itu, penggunaan minyak kelapa secara berkala dapat membantu menjadikan tangan anda lebih lembut.

Anda memerlukan 1-2 sudu kecil minyak kelapa dara dan sepasang sarung tangan. Hanya sapukan minyak kelapa pada kedua-dua telapak tangan anda. Disarankan anda melakukan rutin ini sebelum tidur dan selepas rutin penjagaan kulit anda. Kemudian pakai sarung tangan untuk membantu minyak menembusi kulit anda dan biarkan semalaman.

Oatmeal

oatmeal
Kredit

Oatmeal juga membantu untuk dapatkan tapak tangan yang halus! Ia akan melembapkan kulit dan meningkatkan fungsi penghalang kulit. Oleh itu, ia dapat membantu melegakan kulit kering sehingga menjadikan tangan anda lebih lembut dengan setiap penggunaan.

Campurkan setengah sudu minyak kelapa dan satu sudu oatmeal. Gaul rata kedua-dua bahan ini dan sapukan campurannya pada tangan anda. Biarkan selama 10-15 minit sebelum dibilas. Selain oatmeal mentah, anda juga boleh menggunakan pelembap yang diperbuat dari oatmeal.

Kuning telur

tapak tangan
Kredit

Tahukah anda, kuning telur sebenarnya kaya dengan lesitin, emolien yang membantu menganjalkan kulit. Ia biasanya digunakan pada agen penyejuk kulit. Jadi, sapukan sebiji kuning telur yang sudah dipukul pada tapak tangan anda dan biarkan selama 15-20 minit. Jangan lupa bilas tangan bersama dengan sabun untuk menghilangkan bau telur.

Skrub gula

gula
Kredit

Selain muka, tangan anda juga perlu menggunakan skrub untuk membuang sel kulit mati. Pengumpulan sel kulit kering di atas tangan anda ini juga boleh menyebabkannya menjadi kering. Tekstur butiran gula yang kasar dapat membantu pengelupasan kulit anda.

Ambil satu sudu gula bersama setengah sudu minyak kelapa dan kisarkan kedua-dua bahan ini bersama. Sapukan campuran ini pada tangan dan gosok dengan lembut. Selepas itu bilas dengan air dan sapukan pelembap apabila tangan kering sepenuhnya.

Madu

madu
Kredit

Madu dapat menghidrat, menenangkan, dan melembapkan kulit anda. Sifat madu yang emolien dapat melembutkan tangan anda. Ambil sedikit madu asli dan sapukan pada kedua-dua telapak tangan sehingga ia rata. Anda boleh mengurut lembut tangan dan biarkan selama 15-20 minit sebelum membilasnya.

Aloe vera

aloe vera
Kredit

Ekstrak lidah buaya kaya dengan polisakarida yang dapat membantu melembapkan kulit anda. Aloe vera juga bahan yang sering digunakan di dalam produk penjagaan muka. Anda boleh gunakan aloe vera asli yang diambil dari daunnya atau produk gel aloe vera. Sapukan pada tangan dan biarkan selama 15-20 minit sebelum dibilas.

Cara Membuat Masker Rambut Untuk Rambut Lebih Lembut Dan Bersinar

Apa Yang Menyebabkan Berlakunya Masalah Garisan Halus Pada Bawah Mata

Petua Merawat Tumit Kaki Merekah Dengan Bahan Mudah Di Dapur

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124