wanita

Fakta Menarik Tentang Wanita Yang Wanita Sendiri Tidak Tahu

Bercakap tentang fakta menarik tentang wanita, pasti akan ada yang mengaitkan dengan personaliti wanita yang sukar diramal. Walaupun ada yang mengatakan lelaki dan wanita sama sahaja, tetapi terdapat beberapa kajian yang mengatakan sebaliknya. Berikut adalah fakta menarik tentang wanita yang wanita sendiri tidak tahu mengenainya.

Lebih pandai membaca reaksi muka

tentang wanita
Kredit

Sejak awal kehidupan mereka, wanita lebih pandai membaca wajah, gerak isyarat dan nada suara yang menjadikan mereka pembicara dan pemimpin sosial yang unggul. Walaupun dalam sekumpulan orang, semua interaksi sosial mungkin dipimpin oleh wanita jenis alfa daripada lelaki alfa. Lihat sajalah bagaimana wanita mampu berkomunikasi sesama mereka hanya dengan memberikan reaksi atau mimik muka. Hanya wanita saja yang mampu melakukannya!

Mampu melihat lebih banyak warna

pilih baju
Kredit

Pernah atau tidak anda bergaduh dengan suami atau teman lelaki anda mengenai warna sesuatu barang? Kaum lelaki sememangnya tidak dapat melihat warna seperti mana wanita melihatnya. Ini kerana wanita melihat warna 20% lebih banyak daripada lelaki kerana mutasi genetik. Jadi tidak hairanlah apabila lelaki tidak dapat membezakan warna putih dan krim lembut apabila ditanya. Jadi tidak perlu lah anda berdebat tentang warna dengan seorang wanita lagi selepas ini.

Makan 1.8 kg gincu sepanjang hayatnya

fakta menarik tentang wanita
Kredit

Apabila anda mengambil kira jumlah gincu yang dibeli sepanjang hayat seorang wanita, secara puratanya ini menyebabkan wanita menjilat atau makan sekitar 1.8kg gincu dalam hidup mereka. Sudah tentu bagi sebilangan wanita, jumlah ini mungkin lebih banyak atau kurang bergantung kepada berapa kekerapan memakai gincu dalam setiap hari.

Tidak suka ambil risiko

perempuan berehat
Kredit

Antara fakta menarik tentang wanita ialah mereka bukanlah seorang yang berani ambil risiko. Korteks cingulate anterior iaitu bahagian otak yang menimbang pilihan ketika membuat keputusan adalah lebih besar pada wanita daripada pada lelaki. Ada yang berpendapat bahawa ini adalah cara evolusi untuk menjadikan wanita sebagai pengasuh yang lebih baik dan menyelamatkan orang dengan mengumpulkan makanan dan menyusun kehidupan sosial.

Sifat keibuan yang kuat

memasak
Kredit

Kebanyakan lelaki pasti akan mengalami kenaikan berat badan selepas berkahwin dan itu kemungkinan besarnya kerana perbuatan wanita. Seorang wanita akan memasuki ‘taking care mode’ yang mengakibatkan mereka memberi makan secara berlebihan pada pasangan mereka. Apabila memasuki hubungan dalam jangka masa panjang, wanita secara automatik akan berasa bertanggungjawab untuk memelihara pasangan tanpa disedarinya.

Warna Gincu Yang Selalu Dipakai Boleh Merungkai Personaliti Sebenar Anda

Kenapa Lelaki Sukakan Wanita Yang Mempunyai Mata Bundar Dan Besar

5 Sebab Lelaki Suka Wanita Pendek Sebagai Pasangan Hidup

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124