rambut pendek

Wanita Rambut Pendek Dilihat Lebih Menarik Di Mata Lelaki

Wanita rambut pendek atau rambut panjang, kedua-duanya mempunyai keunikan mereka tersendiri. Idea bahawa wanita dengan rambut panjang dianggap sebagai pasangan yang lebih diinginkan lelaki disokong oleh beberapa dekad contoh dari budaya popular dan psikologi evolusi.

Namun, satu kajian menunjukkan bahawa rambut pendek dikaitkan dengan aspek tarikan wanita yang berbeza. Wanita berambut panjang selalunya dikaitkan dengan seorang yang ayu dan lemah lembut manakala wanita rambut pendek dilihat sebagai seorang yang berani dan feminin.

Menunjukkan keyakinan

wanita rambut pendek
Kredit

Bukan semua wanita sanggup dan berani untuk bereksperimen dengan potongan rambut pendek. Disebabkan itulah sangat jarang untuk melihat wanita mempunyai rambut pendek. Ia memerlukan keberanian dan yang paling penting adalah keyakinan. Lelaki tertarik pada wanita dengan harga diri yang tinggi dan rambut pendek dengan segera memberitahu mereka tentangnya.

Lebih menarik perhatian

kristen stewart
Kredit

Oleh kerana gaya rambut pendek lebih menonjol daripada yang lain, jadi lelaki cenderung selalu memperhatikannya. Dari kajian yang dikumpulan dalam talian, ramai lelaki yang lebih suka wanita dengan rambut pendek, mengatakan bahawa rambut pendek tidak biasa seperti gaya rambut panjang yang menjadikannya istimewa. Sekiranya seorang wanita melakukan potongan rambut ‘pixie’, secara automatik dia menarik perhatian.

Wajah dan leher lebih jelas

model wanita
Kredit

Anda mungkin menyedari bahawa kebanyakan pertunjukan fesyen akan membuatkan model menyikat rambut ke belakang dan mendedahkan wajah mereka sebanyak mungkin. Itu kerana rambut boleh mengganggu dan menyembunyikan ciri wanita. Lelaki nampaknya setuju dengan idea ini, mengatakan bahawa wajah dan leher adalah kualiti yang sangat menarik bagi mereka dan potongan rambut pendek membiarkan kecantikan wanita bersinar.

Wanita rambut pendek lebih cepat bersiap

IU
Kredit

Fikirkan berapa lama masa yang diperlukan untuk wanita menggayakan potongan rambut yang panjang. Ini pastinya boleh menjengkelkan lelaki yang perlu menunggu mereka bersiap lama. Mungkin kerana inilah lelaki menganggap wanita rambut pendek lebih menarik. Mereka juga tidak perlu menunggu lama untuk wanita bersiap setiap kali mereka ingin keluar.

Mengingatkan lelaki pada selebriti

rambut pendek
Kredit

Rata-rata selebriti terkenal pernah melakukan transformasi dengan potongan rambut pendek dan ia mendapat reaksi positif bukan sahaja pada wanita bahkan lelaki juga. Setiap kali ditanya sama ada mereka suka dengan wanita berambut pendek, lelaki berkata ya dan suka memberikan contoh selebriti yang terkenal dengan rambut pendek.

Kenapa Perempuan Lebih Matang Daripada Lelaki Menurut Sains

Kajian Menunjukkan Perempuan Perlu Tidur Lebih Lama Daripada Lelaki

Wanita Akan Nampak Hot Bila Lakukan Perkara Ini Menurut Sains

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124