pembedahan pintasan perut

Pembedahan Pintasan Perut Bukan Hanya Untuk Kurus Semata-Mata

Pembedahan pintasan perut menjadi antara topik hangat di Malaysia baru-baru ini. Kejayaan mereka yang menjalani pembedahan ini menarik perhatian ramai yang turut sama mahu mencubanya. Tetapi tahukah anda, pembedahan pintasan perut bukan hanya untuk kurus semata-mata.

Pembedahan pintasan perut

pembedahan pintasan perut
Kredit

Pembedahan Bariatrik atau mengecilkan perut sesuai dijalankan kepada mereka yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain. Untuk makluman anda, ini bukanlah pembedahan kosmetik kerana ia juga untuk memulihkan kesihatan lain seperti obesiti yang menjadi punca penyakit kronik.

Selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan mengalami selera makan yang berkurang serta  menyebabkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang biasa diambil. Hasilnya, berat badan akan berkurangan.

Bukan untuk kurus sahaja

pembedahan
Kredit

Selain itu, pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol. Mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan biasanya akan mengalami masalah lain seperti sukar untuk tidur.

Pembedahan dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan. Untuk wanita pula, masalah kitaran haid yang tidak teratur oleh kerana berat badan berlebihan juga dapat diatasi. Malah ianya akan membantu kesuburan wanita yang terganggu.

Mengurangkan berat badan

berat badan
Kredit

Pembedahan pintasan perut telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60% dalam tempoh 2 tahun. Bukan sahaja penampilan fizikal akan bertambah baik, kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal.

Di Malaysia, antara beberapa selebriti tempatan popular yang pernah melakukannya ialah Aishah, Chef Zam, Rahim (sepahtu) dan Micheal Ang telah menjalani pembedahan ini dan hasilnya boleh dilihat hari ini. Dari segi psikologi, pembedahan ini juga bagus untuk pesakit kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan pengawalan emosi.

Sekadar makluman, hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendapati 50.1 peratus daripada orang dewasa di Malaysia mempunyai, sama ada berlebihan berat badan atau obes di mana 30.4 peratus adalah berlebihan berat badan manakala 19.7 peratus adalah obes. Dengan trend bekerja dari rumah ketika ini, tidak mustahil angka ini semakin meningkat jika kita tidak mengambil berat tentangnya.

Anda masih lagi mampu menurunkan berat badan dengan tips yang kami kongsikan di bawah ini:

Makan Pisang Setiap Hari Untuk Perut Yang Kempis

Amalkan Minuman Ini Untuk Mengurangkan Lemak Di Perut Dan Tampil Langsing

Tak Mahu Makan Nasi Untuk Kurus? Boleh Cuba Gantikan Dengan Makanan Ini

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124