air berkarbonat

Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Kurangkan Minum Air Berkarbonat

Minum air berkarbonat mungkin sudah menjadi satu kebiasaan untuk anda. Lagi-lagi semasa menikmati makanan di restoran segera, pasti air berkarbonat ini menjadi pilihan. Semua sedia maklum air berkarbonat sememangnya tidak elok untuk diminum selalu kerana kandungan gulanya yang tinggi. Dan ini sebabnya kenapa anda perlu kurangkan minum air berkarbonat.

Risiko obesiti

Mungkin tidak mengejutkan anda bahawa minuman berkarbonat dikaitkan dengan kegemukan. Walaupun ini mungkin sebahagiannya disebabkan oleh jenis makanan berkalori tinggi yang cenderung menemani minuman ini. Kanak-kanak dan remaja khususnya sangat gemar mengambil minuman berkarbonat. Mereka lebih berisiko untuk mengalami obesiti. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2017, 1 daripada 3 remaja sekolah menengah di Malaysia mengambil air berkarbonat sekurang-kurangnya sekali sehari.

Merosakkan gigi

minum air berkarbonat
Kredit

Sudah jelasnya, minuman ini mengandungi gula yang sangat tinggi! Sebenarnya, banyak kajian menunjukkan minuman ini yang boleh merosakkan gigi anda jika kerap mengambilnya. Minuman ini mempunyai pH yang rendah sehingga 2.5. Ini menjadikan ia minuman berasid dan boleh merosakkan lapisan enamel pada gigi. Sayangnya, enamel gigi tidak dapat ditumbuhkan kembali setelah terhakis.

Masalah buah pinggang

Batu ginjal adalah hasil pengumpulan mineral di dalam buah pinggang dari masa ke semasa yang akhirnya melepasi uretra. Malangnya, mereka yang mempunyai tabiat kerap minum air berkarbonat berisiko meningkatkan keadaan yang tidak menyenangkan ini. Penggunaan gula dan dehidrasi berlebihan dikaitkan dengan peningkatan risiko batu karang dan air berkarbonat kebetulan menyumbang kepada kedua-duanya.

Risiko kencing manis meningkat

air berkarbonat
Kredit

Untuk makluman anda, di Malaysia terdapat kes di mana seorang remaja berusia 13 tahun menghidap kencing manis. Bayangkan pada usia yang sangat muda ini, dia terpaksa meninggalkan banyak perkara disebabkan keterbatasan yang dialami akibat keadaan kesihatannya. Air gas yang diambilnya setiap hari sejak kecil telah meletakkannya dalam risiko yang tinggi.

Gaya makan tidak sihat

Penyelidik di University of Bordeaux percaya bahawa gula boleh menjadi ketagihan seperti ubat-ubatan terlarang, memicu pusat ganjaran yang sama di otak dengan amfetamin. Malangnya, ini bermaksud bahawa minuman ini meningkatkan keinginan anda dan menyebabkan pengambilan gula di luar kawalan dalam masa yang singkat. Soda juga umumnya disajikan dengan makanan yang kurang sihat seperti makanan segera, mewujudkan gaya makan yang tidak sihat.

Apa Akan Jadi Kalau Anda Makan Fast Food Setiap Hari

Jika Anda Susah Untuk Minum Air, Cara Ini Boleh Membantu Anda

Macam Mana Minum Air Kosong Membantu Turunkan Berat Badan

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124