strawberi

Bukan Hanya Sedap, Ini Khasiat Buah Strawberi Untuk Kulit Anda

Buah strawberi antara buah yang paling sedap dan menjadi kegemaran ramai. Antara khasiat buah strawberi ialah penuh dengan antioksidan yang kuat dan banyak vitamin C yang akan memberi kulit anda nutrien berkhasiat menjadikan kulit lebih sihat. Mereka yang makan makanan yang kaya dengan vitamin C kurang mempunyai masalah kedutan dan masalah kulit yang berkaitan dengan usia.

Vitamin C baik untuk kulit kerana melawan radikal bebas yang mencuri oksigen dari sel yang sihat dan memusnahkan kolagen yang mendorong garis-garis halus muncul di kulit. Selain itu, strawberi juga mengandungi serat makanan yang sangat baik yang membantu menghilangkan toksin berbahaya di dalam badan kita.

Anti penuaan

buah strawberi
Kredit

Strawberi mengandungi asid ellagic anti-oksidan yang mencegah pemusnahan kolagen, salah satu penyebab utama pembentukan kedutan. Asid elagik ini mempunyai kesan photoprotective yang berfungsi melawan kerosakan UV dengan menyekat pengeluaran MMP, yang merupakan enzim yang menyumbang kepada pemusnahan kolagen. Ini mengelakkan kedutan terbentuk pada kulit menjadikan kulit awet muda.

Melindungi kulit dari sinaran UV

strawberi
Kredit

Asid ellagic anti-oksidan yang kuat sangat berguna kerana melindungi kulit dari sinaran UV yang berbahaya. Penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik di sebuah universiti di Korea mendapati bahawa tikus yang terkena sinar UV setelah diberi rawatan asid elagik menunjukkan penurunan pembentukan kedutan dibandingkan dengan tikus yang tidak diberi rawatan sebelum terkenanya.

Mencerahkan kulit

muka cerah
Kredit

Buah strawberi sangat berkesan dalam menghilangkan cela dan parut jerawat. Jus strawberi mengandungi ekstrak pencerah kulit dan juga asid ellagic yang mengurangkan bintik-bintik gelap pada kulit. Cukup dengan sapukan jus pada bintik-bintik gelap pada kulit anda dengan menggunakan kapas muka kemudian bilas hingga bersih selepas itu.

Tiada lagi kulit berminyak

masker
Kredit

Antara kebaikan buah strawberi ialah ia kaya dengan vitamin C. Buah ini dapat digunakan untuk membuat masker muka yang sangat baik untuk melawan kulit berminyak, serta menyuburkan dan menghidupkan kembali kulit anda. Strawberi bersifat berasid dan ianya berkesan untuk menghilangkan lebihan sebum pada kulit. Jadi rajinkan diri memakai masker muka strawberi sebanyak 2-3 kali seminggu.

Mengurangkan jerawat

masker muka
Kredit

Jerawat adalah disebabkan oleh pengumpulan sebum yang berlebihan namun ianya dapat dibersihkan dengan nutrien dalam buah ini. Oleh kerana sifat strawberi yang berasid membolehkannya menghilangkan lebihan minyak di kulit. Anda boleh menggunakan masker muka strawberi untuk menghilangkan lebihan minyak di muka atau memakannya setiap hari.

Elakkan 8 Makanan Ini Yang Boleh Memburukkan Masalah Kulit Anda

Tips Elakkan Sakit Tekak Makan Limau Mandarin Musim Perayaan Ini

Aiskrim Sebenarnya Lebih Sihat Dari Yang Anda Sangka

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124