perkahwinan

Kenapa Tempoh Dua Tahun Pertama Perkahwinan Sangat Penting

Kehidupan selepas berkahwin boleh menjadi sukar kadang-kadang dengan masalah dan konflik. Tetapi setiap pasangan tidak boleh panik atau terganggu, sebaliknya mereka harus saling berbincang dan membincangkan semuanya untuk menyelesaikan masalah.

Dan mereka harus melakukannya dari tahun pertama perkahwinan mereka kerana tempoh awal ini adalah fasa penting dalam perkahwinan. Sesuatu yang kecil boleh menimbulkan masalah besar dalam perkahwinan anda. Itulah sebabnya dua tahun pertama perkahwinan dianggap sangat kritikal dan penting.

Kajian Dr Ted

pengantin
Kredit

Berdasarkan kajian yang dilakukan pada tahun 1981 ini, tempoh 2 tahun pertama sesebuah perkahwinan dapat meramalkan kepanjangan sesuatu hubungan perkahwinan. Kajian oleh Profesor Ekologi dan Psikologi Manusia di University of Texas di Austin, Dr Ted Huston mengkaji tentang tahap kepuasan dan tekanan dalam hubungan perkahwinan.

Kajian ini dilakukan bermula dari hari pertama pendaftaran perkahwinan sehingga tempoh 13 tahun, dengan melibatkan lebih 150 pasangan berkahwin di 4 daerah kawasan luar bandar Pennsylvania. Menerusi beberapa temubual, Dr Ted melihat cara individu dikaitkan dengan pasangannya semasa bercinta, mula berkahwin serta pada tahun-tahun pertama ikatan rumahtangga berlangsung.

Tidak seperti kajian-kajian terdahulu yang dilakukan berkaitan perkahwinan, kajian Dr Ted ini dikatakan unik memandangkan ia melibatkan pasangan pada hubungan tahap awal iaitu bermula dari zaman percintaan sehingga tahun-tahun pertama perkahwinan.

Tempoh 2 tahun pertama

pasangan memasak
Kredit

Dua tahun pertama perkahwinan kebiasaannya sering menentukan hubungan antara pasangan yang sudah berkahwin. Perubahan dalam kesatuan mereka selama ini boleh mempengaruhi jangka masa panjang. Penyelidikan sebelumnya menunjukkan bahawa pasangan suami isteri yang tidak bahagia mempunyai perasaan kecewa dan perasaan negatif antara satu sama lain semasa awal perkahwinan yang kemudian berakhir dengan perceraian.

Manakala pasangan yang memulakan fasa baru dalam hidup mereka dengan pemikiran positif didapati telah berkahwin dengan bahagia. Oleh itu, selalu disarankan untuk setiap pasangan memulakan hubungan baru dengan hanya berfikiran positif. Selepas berkahwin, pasangan mungkin merasa terikat dengan banyak tanggungjawab namun fasa awal yang bahagia sangat membantu meneruskan perkahwinan mereka.

Penemuan dari kajian

pasangan bergaduh
Kredit

Terdapat empat penemuan mengejutkan dari kajian ini iaitu yang pertama, hasil kajian Dr Ted ini mendapati kebanyakan pasangan pengantin baru sebenarnya ‘terlalu jauh’ daripada kasih sayang. Kedua, pasangan yang memulakan ikatan rumah tangga dengan kebahagiaan romantik cenderung berdepan perceraian dalam ikatan yang terbina kerana sukar mengekalkan tahap romantis mereka.

Ketiga, walaupun ramai yang beranggapan bahawa hubungan perkahwinan yang wujud tanpa rasa romantik akan lebih berisiko untuk berakhir, namun ia sebenarnya salah. Percaya atau tidak, perkahwinan yang tidak didasari dengan ciri romantik dilihat lebih berkekalan. Yang terakhir, ikatan yang berakhir itu biasanya disebabkan oleh kehilangan rasa cinta serta kasih sayang antara pasangan. Ia bukan disebabkan oleh isu-isu interpersonal yang mengakibatkan berlakunya perpisahan.

Dr Ted menyimpulkan bahawa hubungan pasangan suami isteri ketika baru berkahwin akan memberi kesan kepada hubungan perkahwinan pada masa hadapan. Oeh itu, faktor utama yang membezakan sama ada hubungan setiap pasangan berkekalan atau berakhir dengan perceraian adalah berdasarkan perubahan dalam hubungan pada tempoh 2 tahun pertama perkahwinan.

Pakar Dakwa Pasangan Yang Selalu Bergaduh Sebenarnya Lebih Bahagia

5 Majlis Perkahwinan Diraja Yang Paling Ringkas Dalam Sejarah

Perempuan Sebenarnya Lebih Tertarik Dengan Lelaki Yang Kelakar

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124