selebriti wanita korea

Tips Diet 7 Selebriti Wanita Korea Yang Tidak Memerlukan Anda Berlapar

Untuk menurunkan berat badan tiada jalan yang singkat. Anda perlu melakukan senaman dan mengamalkan diet yang sihat. Jika anda mempunyai masalah dalam proses penurunan berat badan ini, apa kata anda ikuti tips yang dikongsikan oleh selebriti Korea Selatan ini. Melihatkan pada tubuh langsing mereka, apa sebenarnya rahsia mereka kekal kurus agaknya?

Tak makan selepas 6 pm

bae suzy
Kredit

Pelakon yang membintangi drama popular ‘Start Up‘ baru-baru ini pernah mengikuti diet yang ekstrem semasa bergelar idol dahulu. Tetapi kini, Suzy mengikuti diet yang dipanggil ‘Time Limit‘ yang mengehadkan waktu makan sehingga jam 6 petang sahaja. Antara menu dietnya adalah dada ayam dan ubi keledek untuk sarapan, beras perang dan salad untuk makan tengahari.

Menari sebagai senaman

park minyoung
Kredit

Park Minyoung juga pernah mengikuti diet yang ekstrem di mana dia hanya makan epal dan minum air kosong sahaja. Cara ini sememangnya bahaya untuk kesihatan, oleh itu dia menjadikan hobinya yang suka menari sebagai kaedah untuk menurunkan berat badan. Walaupun bukanlah bergelar idol, pelakon ini kerap kali berkongsikan video tariannya di platform YouTube.

Hadkan 1500 kalori

girls generation
Kredit

Semua ahli kumpulan Girls Generation sememangnya mempunyai tubuh badan yang langsing. Apa yang mengejutkan, mereka mengehadkan pengambilan kalori dengan mengambil 1500 kalori sahaja setiap hari dalam menjaga berat badan mereka. Pengurangan kalori semestinya akan membantu anda menurunkan berat badan tetapi pastikan ianya sesuai dengan gaya hidup anda.

Minum air sebelum makan

moon chae won
Kredit

Berbeza dengan yang lain, Moon Chae Won tidak mengehadkan pengambilan makanan sebaliknya dia hanya bergantung pada air kosong sahaja. Rahsianya, dia akan minum segelas air kosong dahulu sebelum makan. Dia bekata rutin ini membantunya untuk mengawal selera makan dan memastikan dia kenyang lebih lama. Bonus, kulitnya juga menjadi cerah bersinar hasil daripada rutin ini.

Makan dalam kuantiti sedikit

kang sora
Kredit

Kang Sora pernah memiliki tubuh badan yang besar satu ketika dahulu. Pelakon ini juga mengakui sukar untuk menolak makanan lagi-lagi makanan kegemarannya. Oleh itu, dia akan memastikan untuk makan dalam kuantiti yang sedikit sahaja untuk setiap makanan yang diambil. Cara ini juga tidak terlalu ketat dan dia masih lagi boleh makan apa yang dia mahu.

Diet cawan kertas

nine muses
Kredit

Kumpulan Nine Muses pernah menjadi perhatian apabila ‘Paper Cup Diet’ yang diamalkan mereka tular di Korea Selatan. Ahli kumpulan ini akan menggunakan cawan kertas untuk mengisi makanan di dalam pinggan mereka. Contohnya, mengisi satu cawan nasi, kemudian satu cawan lauk dan satu cawan buah-buahan. Cara ini boleh dikatakan sama dengan diet suku-suku separuh yang diamalkan di Malaysia.

Bangun awal untuk bersenam

jeon jihyun
Kredit

Pelakon Jeon Ji Hyun percaya displin dan pengurusan masa adalah elemen penting untuk menurunkan berat badan. Dia juga menentang amalan berlapar untuk kurus sebaliknya memilih untuk menjalani gaya hidup yang sihat. Dia akan memastikan bangun pada jam 6 pagi setiap hari untuk bersenam. Tidak kira lah sibuk macam mana sekalipun, dia akan tetap melakukan rutin ini untuk mengawal berat badannya.

Pinggang Langsing Dan Kecil, Ini Rahsia Seo Jihye Menjaga Badan

Dinobatkan Wanita Tercantik 2020, Ini Rahsia Kecantikan Pelakon Son Ye Jin

Pentingkan Skincare Dari Mekap, Ini 4 Rutin Kecantikan Ahli Kumpulan Blackpink

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124