botol air

Jika Anda Susah Untuk Minum Air, Cara Ini Boleh Membantu Anda

Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air dalam sehari mungkin mudah untuk anda. Tetapi bagi sesetengah orang, minum air yang cukup pada waktu siang sangat sukar. Menghabiskan masa di rumah adalah peluang besar bagi mereka yang sukar untuk minum air, lagi-lagi kini anda meluangkan masa bekerja dari rumah. Ikuti tips yang disediakan ini untuk membantu anda minum air yang secukupnya.

Tambahkan perisa

air buah-buahan
Kredit

Kebanyakan mereka yang tidak minum air secukupnya adalah kerana tidak sukakan rasa air kosong yang tiada rasa. Anda sebenarnya boleh menambahkan rasa di dalam air anda tanpa menambahkan gula tambahan. Masukkan lemon atau timun yang dipotong kecil dan daun pudina dengan merendamnya sebentar sebelum diminum.

Ini akan memberikan rasa pada air kosong anda. Dalam masa yang sama, anda boleh sejukkan di dalam peti ais dan ianya sesuai untuk diminum pada hari panas. Jika anda tidak sukakan timun, anda boleh juga tambahkan buah-buahan lain kegemaran anda seperti strawberi atau oren.

Minum sebelum makan

perempuan minum air
Kredit

Jadikan ianya sebagai satu rutin untuk minum air dahulu sebelum makan. Peraturan mudah dengan minum lebih banyak air sebelum makan akan menjadikan anda terbiasa dengannya dan menjadi satu rutin harian. Anda tidak perlu bermula dengan kuantiti air yang banyak sebagai permulaan, cukup dengan segelas air sahaja sebelum anda makan sarapan, tengahari dan makan malam.

Gunakan aplikasi

botol air
Kredit

Mengikuti berapa banyak gelas yang telah anda minum lebih mudah dengan bantuan aplikasi percuma di telefon anda. Aplikasi ini akan mengingatkan anda untuk minum air dan membantu anda memeriksa proses anda setiap hari. Muat turun aplikasi ini di telefon anda dan tetapkan penggera untuk setiap hari. Menggunakan aplikasi ini juga lebih mudah dan menyeronokkan untuk mencapai target anda setiap hari.

Makan makanan yang kaya air

tembikai
Kredit

Sekiranya minum 2 liter air sehari benar-benar di luar kemampuan anda, jangan paksa diri anda. Sebaiknya anda gantikan dengan makanan yang kaya dengan air seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Contohnya, makan tembikai yang mempunyai 92 peratus air atau timun dengan 96 peratus air.

Masukkan buah-buahan dan sayuran kaya air berikut ke dalam diet membantu anda kekal terhidrasi. Walaupun buah-buahan dan sayur-sayuran ini adalah sumber air yang hebat, ianya tidak akan memberi anda jumlah pengambilan air harian anda. Oleh itu, anda masih perlu minum sepanjang hari.

Gunakan botol air bertanda

botol air
Kredit

Tandakan masa pada botol air anda juga boleh membantu anda mengetahui waktu untuk minum air. Sebenarnya, cara visual ini adalah cara terbaik untuk membantu anda berpegang pada sesuatu. Melihat kemajuan anda juga adalah menyeronokkan jika dilihat pada waktu-waktu yang telah anda selesaikan di botol anda. Mulakan dengan waktu anda bangun pada waktu pagi sehinggalah beberapa jam sebelum tidur.

Macam Mana Minum Air Kosong Membantu Turunkan Berat Badan

Lima Sebab Anda Perlu Mula Minum Air Lemon Untuk Misi Diet Anda

Apakah Tanda-Tanda Anda Minum Terlalu Banyak Air Dalam Sehari?

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124