Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Tahukah anda, setiap hari kita akan kehilangan kira-kira 100 helai rambut dan ianya adalah sesuatu yang normal. Tetapi jika lebih daripada itu, anda mungkin mengalami masalah rambut gugur.
Terdapat beberapa punca yang menyebabkan keadaan ini berlaku antaranya keadaan kesihatan, perubahan hormon, pengambilan ubat atau suplemen, rawatan radiasi, stress dan gaya dandanan rambut.
Kajian pada tahun 2018 mendedahkan bahawa diet yang mengandungi sayur-sayuran mentah seperti Mediterranean Diet dapat mengurangkan risiko androgenic alopecia. Iaitu masalah genetik yang menyebabkan keguguran rambut yang kronik.
Berdasarkan hasil kajian ini juga, peserta yang mengambil makanan seperti parsley, basil dan sayur salad lebih dari tiga hari seminggu menerima hasil yang lebih baik.
Mencuci rambut setiap hari dapat melindungi anda dari masalah keguguran rambut kerana dapat membantu kulit kepala tetap sihat dan bersih. Mungkin sebelum ini anda hanya mencuci rambut dalam tiga atau empat kali sahaja seminggu. Keadaan ini boleh menyebabkan kulit kepala anda tidak bersih dan mendorong kepada masalah rambut gugur.
Terutamanya bagi yang memakai hijab, anda disarankan untuk mencuci rambut setiap hari tetapi kuncinya adalah menggunakan syampu yang ringan. Rumusan syampu dengan bahan yang lebih keras boleh mengeringkan rambut dan menyebabkannya pecah seterusnya menyebabkan rambut gugur.
Minyak dari bahan semulajadi sememangnya elok untuk kesihatan tubuh badan terutamanya minyak kelapa. Kajian mendapati minyak kelapa dapat mencegah kerosakan rambut dari dandanan dan pendedahan cahaya ultraviolet (UV).
Lauric acid yang terdapat dalam minyak kelapa membantu mengikat protein pada rambut sekaligus melindunginya dari kerosakan pada akar dan helaian. Mengurut minyak kelapa ke kulit kepala juga dapat meningkatkan aliran darah yang lebih baik dan membantu pertumbuhan semula.
Pernah tak anda berasa sakit kepala akibat mengikat rambut terlalu ketat? Kalau anda nak tahu, ikatan rambut yang terlalu ketat juga berpotensi menyebabkan keguguran rambut yang berlebihan.
Tips untuk mengikat rambut adalah dengan membiarkan rambut anda kering sepenuhnya untuk mengelakkan kegatalan pada kulit kepala dengan ikatan yang longgar. Selain itu, habit mengikat rambut semasa tidur juga boleh mendorong kepada rambut gugur kerana rambut berterusan ditarik dengan getah rambut.