peti ais

Lima Makanan Yang Perlu Segera Dibuang Jika Ada Dalam Peti Ais Anda Sekarang

Bila agaknya kali terakhir anda membersihkan peti ais di rumah? Kalau sudah lama, mungkin ini lah masanya untuk anda menyelongkar segala khazanah yang disimpan di dalam peti ais anda.

Mungkin ada masanya anda pernah menyumbat segala makanan yang ada di dalam peti ais kerana dalam keadaan tergesa-gesa. Kalau anda nak tahu, bukan semua makanan sesuai disimpan di dalam peti ais.

Bawang

bawang
Kredit

Percaya ataupun tidak, ramai yang suka menyimpan bawang di dalam peti ais. Tetapi anda perasan tak bau di dalam peti ais anda juga akan berubah dan menjadi lain dari biasa. Bau bawang sememangnya kuat lagi-lagi bawang yang telah dipotong atau dikisar.

Sememangnya bawang yang telah dihiris perlu disimpan di dalam peti ais untuk memastikan kesegarannya. Namun, solusi yang terbaik adalah menyimpan bawang yang telah dipotong di dalam bekas yang bertutup. Untuk bawang yang belum digunakan, lebih elok diletakkan di dalam suhu bilik sahaja.

Sos

Rasanya ramai juga yang suka menyimpan botol sos di dalam peti ais kan? Tetapi sebenarnya sos tidak perlu disimpan di dalam peti ais kerana ia akan menjadi pekat kerana suhu sejuk.

botol sos
Kredit

Apabila pekat, sukar untuk anda mengeluarkan sos daripada botolnya apabila hendak menggunakannya. Selain daripada perubahan tekstur, rasa sos juga akan menjadi lain dan menjejaskan keaslian rasa sos yang sebenar. Sebaiknya, simpan sahaja di luar peti ais tetapi pastikan penutup botol ditutup ketat.

Roti

Setiap kali mempunyai baki roti yang dibeli dari bakeri, ramai yang cenderung menyimpannya di dalam peti ais untuk membiarkan ia tahan lama. Untuk makluman, roti yang disimpan di dalam suhu sejuk seperti peti ais akan menjadi keras.

roti
Kredit

Bukan sahaja anda tidak lagi boleh makan roti tersebut, malah ia juga berkemungkinan akan menyerap segala bau-bauan di dalam peti ais anda. Jadi, jangan simpan roti di dalam peti ais!

Makanan dalam tin

Ini antara kesilapan lazim yang selalu dilakukan termasuklah bagi penulis sendiri. Makanan di dalam tin yang telah dibuka tidak elok disimpan di dalam peti ais dalam tempoh yang lama jika anda tidak mengeluarkannya dari tin.

makanan tin
Kredit

Ini kerana makanan tersebut dikhuatiri boleh bertindak balas dengan logam tin tersebut. Sebaiknya, makanan tin yang telah dibuka dikeluarkan dan disimpan di dalam bekas plastik atau kaca. Walaupun nampak leceh, tapi siapa tahu ianya boleh memudaratkan anda.

Makanan panas

Menyimpan makanan dengan betul dalam peti sejuk akan membantu untuk meminimakan makanan menjadi basi, tercemar dan rosak. Untuk makanan yang panas, seeloknya anda bahagikan kepada beberapa bahagian yang kecil untuk segera disejukkan.

makanan panas
Kredit

Ini kerana perubahan suhu di dalam peti ais mampu menjejaskan kualiti dan kesegaran makanan walaupun ianya baru saja dimasak. Makanan yang panas perlu disejukkan dulu sebelum disimpan untuk menghalang pertambahan kelembapan dan mengekalkan suhu di dalam peti sejuk.

Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124